Tadi masa gi kedai koperasi kat tempat keje aku ni,
aku terpandang kat tempat letak majalah…
banyak nyer majalah Mingguan Wanita…
mungkin latest keluaran baru sampai kot…
aku pun belek…
Alahai…comel nyer gambar Bienda dengan baby dia…
cute sangat2…
dua2 putih gebu pulak tu..
Tapi, bukan itu sebenarnyer focus utama aku…
Aku terpandang pada tajuk kat cover majalah tu…
nak tahu apa dia??
OMG…actually, hakikat kehidupan masa kini, semua orang nak kurus…
tapi kurus tu x semesti nyer sihat…
mari kta sama2 baca serba sedikit info di artikel ni…
Tubuh yang kurus dan langsing tidak bermakna anda tidak
mempunyai lemak. Kadangkala, orang yang kurus mempunyai lemak yang tinggi
daripada orang yang lebih berat dan berisi. Bai yang mempunyaibtubuh yang agak
berisi juga perlu berhati-hati kerana kemungkinan tubuh anda juga mengumpul
lemak berlebihan.
Justeru, adalah lebih baik anda sentiasa membuat ujian
kesihatan yang mudah tidak kira tubuh langsing mahupun sebaliknya. Ini bagi
memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal pada tahap yang normal,
sekali gus dapat mengetahui Indeks Jisim Tubuh (IJT), tekanan darah, kadar gula
dalam darah dan paling penting mengenal pasti kadar kolestrol dalam tubuh anda.
Ujian sebegini dapat membantu anda mengambil langkah yang
sesuai bagi memelihara kesihatan pada tahap yang terbaik. Namun, jangan lupa
untuk menjalankan rutin pemeriksaan lain sebagai langkah awal pencegahan
penyakit.
Kalo nak tahu lebih lanjut, kene la baca full atikel di Mingguan Wanita.....
No comments:
Post a Comment