Masa kecik dulu, kalau pergi Sekolah Agama Rakyat petang2, ustaz @ ustazah mesti suruh nyanyi lagu Rukun Islam…sekolah korang ade nyanyi2 x?? Rindu nyer zaman persekolahan…terutama masa sekolah rendah…
“Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNya”
Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhnya.
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada ALLAH. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t.
MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah ALLAH dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan dekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Penuh pengertian yang mendalam setiap bait Rukun Islam ni…Kadang2, apabila kita alpa & leka…dengan mengingati & mempraktikan rukun Islam ni, INSYAALLAH kita akan nampak jalan yang lurus di hadapan kita..iaitu jalan menuju ALLAH s.wt. ♥
No comments:
Post a Comment