♥ nuffnangx ♥

Monday 4 March 2013

NOVEL Terbaru di Karya Seni ♥ : "Kisah Naz dan Khaalish"

Novel "Kisah Naz dan Khaalish" ...Hasil Karya Hanina Abdullah...
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak
: RM25
( Diskaun RM3 Untuk
Pembelian Online )

Akhir nyer...khatam juga aku baca novel "Kisah Naz dan Khaalish" yang aku baru beli semalam di kedai buku popular ni.,,
Sampai pukul 5 pagi bersengkang mata nak menghabiskan nyer...
Kesan Sampingan...Hari ni aku pergi kerja dengan keadaan separuh sedar & mata yang lebam dah macam panda..
hahaha...padan muka aku
Actually, kenapa aku taksub sangat nak habiskan novel ni...off cause la nak tahu kesudahan nyer kan??
Kalo dah start baca novel apa pu, reason nyer tetap sama...
Disebabkan aku ni memang x sabar orang nye, sebelum beli novel tu...aku dah start baca novel tu on9 di blog penulis nyer... Hanina Abdullah...
Cuma satu jer aku nak beri komen kepada Cik Penulis ni...
Kenapa pendek sangat cerita "Kisah Naz dan Khaalish" ni??
x puas la baca...rasa nak baca lagi...
Best pulak rasa hidup sebagai traveller ni...
hihihi...sempat pulak berangan aku ni...
Apa2 pun...congratulation kepada cik penulis novel ni...sebab saya memang suka baca novel ni...
For sharing, let us read this novel synopsis to find journey of the story....
 
Sinopsis "Kisah Naz dan Khaalish"

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang 'teknikal'nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?"

"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged."

"Technically? Technically?!"

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: "Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka."

Nazrahani Idora: "Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi."

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥