♥ nuffnangx ♥

Monday 4 March 2013

NOVEL Terbaru di Karya Seni ♥ : "Kisah Naz dan Khaalish"

Novel "Kisah Naz dan Khaalish" ...Hasil Karya Hanina Abdullah...
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak
: RM25
( Diskaun RM3 Untuk
Pembelian Online )

Akhir nyer...khatam juga aku baca novel "Kisah Naz dan Khaalish" yang aku baru beli semalam di kedai buku popular ni.,,
Sampai pukul 5 pagi bersengkang mata nak menghabiskan nyer...
Kesan Sampingan...Hari ni aku pergi kerja dengan keadaan separuh sedar & mata yang lebam dah macam panda..
hahaha...padan muka aku
Actually, kenapa aku taksub sangat nak habiskan novel ni...off cause la nak tahu kesudahan nyer kan??
Kalo dah start baca novel apa pu, reason nyer tetap sama...
Disebabkan aku ni memang x sabar orang nye, sebelum beli novel tu...aku dah start baca novel tu on9 di blog penulis nyer... Hanina Abdullah...
Cuma satu jer aku nak beri komen kepada Cik Penulis ni...
Kenapa pendek sangat cerita "Kisah Naz dan Khaalish" ni??
x puas la baca...rasa nak baca lagi...
Best pulak rasa hidup sebagai traveller ni...
hihihi...sempat pulak berangan aku ni...
Apa2 pun...congratulation kepada cik penulis novel ni...sebab saya memang suka baca novel ni...
For sharing, let us read this novel synopsis to find journey of the story....
 
Sinopsis "Kisah Naz dan Khaalish"

PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?

Dek jatuh hati dengan tunang 'teknikal'nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?"

"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged."

"Technically? Technically?!"

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…

Reham: "Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka."

Nazrahani Idora: "Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi."

 

Tuesday 5 February 2013

NOVEL Terbaru di Karya Seni ♥

Novel "Meh, Sandar Pada Aku!"...Hasil Karya Aifa Batrisya...

Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak
: RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian
Online
)
 
Huwaaa...sekarang ni dah x ade masa nak membaca novel di waktu lapang...
Tapi x best pulak bila x dapat nak habiskan novel on9 yang aku baca ari tu...
Hati ini memberontak nak tahu ending cerita nyer...
Nasib baik la Karya Seni dah pasarkan novel nyer...
Akan ku cari juga masa yang terluang untuk meng"khatam"kan novel tersebut...hihihi ^_^
Kalo nak baca on9, korang leh visit blog Cik Aifa sendiri...
Atau korang boleh baca di page Penulisan2U 
 Jom layan sinopsis novel ni...

SINOPSIS "Meh, Sandar Pada Aku!"
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
 
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed..."

"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"

"Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Ini la watak2 yang di gambarkan oleh si penulis...
Sebab malas nak beli on9, so...akan ku beli di kedai buku Popular aje...
Sebagai ahli, dapat juga diskaun 10 %...hihihi ^_^

Friday 1 February 2013

Farewell for My Best Friend Rawaida ♥


ALHAMDULILLAH…
Akhir nyer jadi juga majlis makan2 yang kami rancangkan untuk sahabat baik kami si Aida ni…
Walaupun hanya dengan majlis yang cukup simple…akan tetapi dengan kehadiran rakan2 yang lain, dapat menambahkan lagi kemeriahan & keceriaan suasana di majlis tersebut…
Thanks korang semua ♥


Makan Time ♥
Memang semua melantak x ingat dunia…hihihi ^_^

Boleh makan sampai habis ker tu Rina??
Hihihi ^_^

Apa2 pun..korang semua memang best & sangat sporting…
x kira di mana kita berada, keceriaan sentiasa terpancar di wajah masing2…
Love UoLs ♥

Untuk Aida…
Actually, Kak Emy memang x tahu nak ucap apa…
Cuma, Kak Emy nak minta maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki jika sekira nyer sepanjang persahabatan kita ni, ade kata2 & tingkah laku Kak Emy yang mengguris hati Aida…Maklum la, Kak Emy ni hanya manusia biase…x lepas dari melakukan kesalahan…Minta Ampun Minta Maaf OK…Hope Aida halalkan apa yang terlebih & terkurang tu tau…^_~
And don't forget for this moment OK….

True Friend

Friend gives you smile
But true friend gives you happiness

Friend will lie about you
But true friend won't tell your weakness

Friend knives your back
But true friend will slog your face

Thousands friends come when you're happy
But only one true friend comes when you cry

Friend comes when he needs you
But true friend comes when you need him

Friend leaves when everybody does
But true friend comes when everybody leaves

Friend comes and leaves
But true friend is yours forever



And always remember me where ever you are…♥
Your Sincerely,

Thursday 31 January 2013

Aku & Kuning Mustard ♥

Aku sangat suka warna kuning mustard ni sekarang....♥
x tahu la kenapa aku suka sangat dengan warna ni...
Tapi di mata aku, warna ni sangat menarik perhatian aku...
Dan kalau aku memakai baju, beg atau kasut yang berwarna kuning mustard ni...keyakinan diri aku semakin bertambah...
Yang terbaru aku beli tudung bawal plain AdiJuma juga berwarna kuning mustard...
Walaupun tudung bawal plain AdiJuma ni cuma berjarga RM7, tapi aku sangat suka memakai nyer...♥

Wallet kuning mustard dari Vinnci ni sebenarnyer dah lama aku beli...
Masa aku beli wallet ni berharga RM69.90...
Tapi rasa sayang pulak nak pakai...hihihi ^_^
Namun, disebabkan oleh warna nyer yang agak meyerlah itu, seakan memberi semangat kepada aku untuk membawa nyer kesana kemari...hihihi ^-~

Kasut ni pulak masa aku beli, harga nyer cuma RM19.50 jer...
Beli masa ade offer kat butik Padini...
Sekali terpandang terus jatuh hati ♥ pada warna nyer...
Pada hal design kasut ni tersangat la simple & x berapa nak menarik...
tapi bagi aku yang penting adalah warna kasut tersebut...sebab, sebenar nyer aku ni suka pakai kasut ikut warna baju...
Kalo boleh, semua warna kasut aku nak beli...
Tapi tengok kemampuan gaji aku juga la...
Maklum la...sekarang ni komitmen semakin tinggi...huhuhu -_-

Sampai baju anakanda Harraz kami pun aku beli warna kuning mustard tu...
Bukan ape, nak matching2 anak beranak kan...hihihi ^_^


x kisah la ade oarng suka atau  x dengan warna kuning mustard ni...
Yang penting...aku suka ♥ 

Wednesday 30 January 2013

Jom Belajar Bahasa Inggeris (Siri I)

Ari ni jom kita belajar Bahasa Inggeris sama2 nak?? hihihi ^_^...
Entah kenapa la macam benak bebenor nak "speak in English" ni...
So, untuk memantapkan lagi kefahaman diri aku dengan Bahasa Inggeris ni...
Jom belajar dengan Google Trasnlate dulu...hihihi ^_~
For the first session, aku nak belajar poem Bahasa Inggeris...

Version Google Translate 
Kadang2 rasa nak gelak aku baca Google Translate ni...Hahaha ^_^...
Tapi sebenar nyer memudahkan juga la untuk kita memahami makna2 perkataan Bahasa Inggeris kan...Walaupun tunggang terbalik...^_~
OK...Yang ni pulak, version kefahaman aku...
Hope sama la terjemahan nyer dengan orang2 yang "terror" speaking kan...
Maklum la...aku ni baru nak belajar...


A Friend Like You
Rakan Seperti Anda

A friend like you is like no other friend
Seorang rakan seperti anda tidak sama seperti rakan lain
A friend like you is a friend I don't regret meeting
Seorang rakan seperti anda adalah kawan yang saya tidak rasa menyesal untuk berjumpa dengannya 
A friend like you is like a friend I can't scream at or fight with
Seorang rakan seperti anda adalah seperti rakan yang saya tidak akan  menjerit atau melawan dengannya 
A friend like you is like having no worries in my life
Seorang rakan seperti anda adalah seperti tidak mempunyai rasa kebimbangan dalam hidup saya
A friend like you is a friend that I don't want to lose
Seorang rakan seperti anda adalah seorang kawan yang saya tidak mahu kehilangannya
A friend like you is like being in comfort all day
Seorang rakan seperti anda adalah seperti saya berada di dalam keselesaan sepanjang hari
A friend like you is a friend I always wanted
Seorang rakan seperti anda adalah kawan yang saya sentiasa mahu dampingi
A friend like you is awesomely awesome
Seorang kawan seperti anda adalah tersangat hebat
A friend like you is random and funny
Seorang rakan seperti anda adalah rawak dan lucu
A friend like you is a friend that I love to death and I will never let go
Seorang rakan seperti anda adalah seorang kawan yang sehidup semati dan sukar untuk saya melepaskannya pergi
A friend like you is a friend I can tell all my secrets to
Seorang rakan seperti anda adalah seorang kawan yang saya boleh memberitahu semua rahsia saya kepadanya
A friend like you...
Seorang kawan seperti anda ..
A friend like you is like the little sister I have always wanted
Seorang rakan seperti anda adalah seperti adik kecil saya sentiasa mahukan 
A friend that I can go to tell them what's wrong
Seorang kawan bahawa saya boleh pergi untuk memberitahu mereka apa yang salah 
A friend like you is like having no dark days because you brighten them up
Seorang kawan seperti anda adalah seperti saya tidak mempunyai hari-hari gelap kerana anda akan menerangi hari-hari mereka 
A friend like you is a friend that opens up my eyes and helps me avoid bad things
Seorang rakan seperti anda adalah seorang kawan yang membuka mata saya dan membantu saya mengelakkan perkara-perkara buruk 
A friend like you is a type of friend that laughs at dumb things I say or do
Seorang rakan seperti anda adalah jenis kawan yang ketawa pada perkara-perkara bodoh yang  saya katakan atau lakukan 
A friend like you is a friend I am proud to call my best friend...
 Seorang rakan seperti anda adalah seorang kawan yang saya berbangga untuk memanggilnya kawan yang terbaik ...



Sekian dahulu untuk siri pertama " Jom Belajar Bahasa Inggeris"......
Nanti kita belajar poem lain pulak OK...♥ 

Lepaking ♥


Best nyer dapat rehatkan minda dan badan selepas sibuk melakukan kerja2 harian di tempat keje...
Bagus betul tempat keje aku ni...
Sebab menyediakan tempat rehat untuk para pekerja nyer yang sangat rajin ni kan...
x payah nak pegi jauh2 untuk melihat pemandangan yang indah...
Hanya di bangunan baru BBraun Medical ini kami dapat menikmati suasana yang tenang & damai...♥
Bukan itu saja, malah kami juga dapat melihat kapal terbang berlepas & mendarat...
x perlu pergi ke airport atau kawasan berhampiran dengan airport untuk menyaksikan kapal terbang naik turun...hihihi ^_~
Rasa nyer, lepas ni kawasan ini akan menjadi salah satu "port" lepak paling menarik di BBraun ni...
TQ kepada rakan ku yang cukup sporting bergambar bersama...peace ♥

Tuesday 29 January 2013

Mengimbau Kenangan : Cuti2 Cinta ♥ Jakarta & Bandung 2012 (Part II)

We be right back.....♥


Universal Trans Studio, Bandung....
Having fun in here like we are in Genting Highland indoor game.....

Seronok sangat dapat bawa anakanda Harraz jalan2.....

Terpancar keceriaan di wajah anakanda Harraz kami ♥.....

Lawatan sambil belajar......

Orchardz Hotel, Jakarta.....
Tempat penginapan kami ketika berada di Jakarta.....

Jika datang ke Jakarta ni, memang rugi kalo x menabadikan kenangan di tugu yang tersergam indah ini....
Monas, Jakarta......

Memang indah kenangan itu...
Sukar untuk aku lupakan...
Terutama apabila kenangan manis itu adalah bersama suami & anakanda tersayang...
Semoga ALLAH panjangkan usia kami, serta memurahkan rezeki kami agar kami boleh lagi bercuti bersama2 di lain tempat pulak...AMIN ♥

Mengimbau Kenangan : Cuti2 Cinta ♥ Jakarta & Bandung 2012 (Part I)

Actually, cerita ni dah agak basi la...
Sebab time pergi bercuti tu masa 17 September 2012 yang lalu...
Tapi disebabkan zaman sekarang ni, kita dah jarang guna photo album kan...
So, blog DonutZchoOmey Diary ni boleh di katakan salah satu dari photo album keluarga aku la...
Dulu, aku ade stau blog...DonutZchoOmey...tapi disebakan kadang aku terlupa password nyer...aku terpaksa create satu blog baru...huhuhu -_-
X mo la berleter panjang2, so...HOPE uols enjoy layan picture kenangan aku ni...^_^


Gambar ni di"capture" time arrive kat Sokarno Hatta Airport, Jakarta.....

Anakanda Harraz bersama abah tersayang ♥.....

Ibu, Abah & Elman Harraz.....

Sempat lagi capture gambar time nak makan tengahari di Jakarta.....

Bersama rakan2 sekerja di Praoe Seafood, Bandung.....
Boleh tahan sedap makanan yang dihidangkan kepada kami ^_^.....

Beberapa Restoran yang kami kunjungi di sekitar Bandung & Jakarta.....
Semua restoran tersbut menghidangkan masakan dari Padang.....

V Hotel Resident...
Tempat penginapan kami ketika berada di Bandung.....


To be continue....♥

Monday 28 January 2013

TQ Astro ♥


Memang seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga...
Lebih menyeronokkan kalau percutian itu di sponsor...betul x??
Walaupun bukan sponsor sepenuh nya, tapi dapat tiket free masuk  Lost Word of Tambun pun dah memadai bagi aku sekeluarga...
Mana idak nyer, bagi kami yang berfamily besar ni, bukan murah tau harga tiket nak amsuk  Lost Word of Tambun sekarang ni...
Kalo x percaya, korang leh lawat sendiri website  Lost Word of Tambun...
Kalo nak dapat tiket murah sikit, boleh la beli di Groupon...

Jutaan terima kasih diucapkan kepada abang iparku kerana membantu kami sekeluarga mendapatkan tiket percuma ke  Lost Word of Tambun pada hari sabtu yang lalu...
Cara mendapatkannya, hanya dengan mendaftar di Astro Circle ...

Bukan ape, last aku ke Lost Word of Tambun  ni rasanyer 2 tahun yang lepas...
Dah lama juga berlalu tu...hihihi ^_^
Kalo dah smpai sane tu, faham2 aje la lautan manusia nyer...
Apatah lagi biler ade aktiviti2 camni kan...
Harapan aku cuma satu aje la...
HOPE Astro akan buat lagi la aktiviti camni di masa akan datang walaupun di tempat yang berlainan...
Boleh juga aku bawa family tercinta bercuti2 cinta ♥ kan....hihihi ^_~

Saje Nak Cerita ♥

Apa khabar blog kesayanganku??
Cian sungguh kat ko sebab dapat tuan yang macam aku ni...
Lama sungguh tak jenguk ko kan...hihihi ^_^
Bukan x sudi, cuma x berkesemapatan aje...
 
Disebabkan dah lama x update kisah hidup aku kat cni kan, ari ni tetibe ade mood rajin nak update blog plak...
Saje nak share baju yang baru aku beli...hahaha ^_^
Sebenarnye, aku ni sangat suka baju yabg berwarna terang & colouful...
Tetapi aku sangat takut nak pakai seluar "color2ful" ni...
Oleh kerana aku ade satu seluar berwarna peach (hadiah dari seorang kawan), so nak x nak kene la aku cari baju untuk dipadankan...huhuhu -_-
 
Aku ni sangat suka fesyen...tapi aku x berape yakin nak berfesyen untuk diri sendiri...
So, tengoklah hasil nyer.........
 
Hanya sesiapa yang berani aje akan memakainyer...hahaha ^_~
Kerana ini adalah 1st trial aku, malu nyer aku sampai sanggup x turun dari kereta...hihihi ^_^
Nasib baik la masa ni perjalanan pulang kekampungku di malam hari...
So, x ade la aktiviti singgah menyinggah sangat...
Cuma, disebabkan perut yang sudah terlalu lapar & minta diisi, en.suami aku tu ajak juga singgah di R&R Gunung Semanggol...
Nasib x ramai orang sangat kat situ coz R&R under construction.....
Ter"cover" juga la malu aku tu...hihihi ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥