♥ nuffnangx ♥

Tuesday 5 February 2013

NOVEL Terbaru di Karya Seni ♥

Novel "Meh, Sandar Pada Aku!"...Hasil Karya Aifa Batrisya...

Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak
: RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian
Online
)
 
Huwaaa...sekarang ni dah x ade masa nak membaca novel di waktu lapang...
Tapi x best pulak bila x dapat nak habiskan novel on9 yang aku baca ari tu...
Hati ini memberontak nak tahu ending cerita nyer...
Nasib baik la Karya Seni dah pasarkan novel nyer...
Akan ku cari juga masa yang terluang untuk meng"khatam"kan novel tersebut...hihihi ^_^
Kalo nak baca on9, korang leh visit blog Cik Aifa sendiri...
Atau korang boleh baca di page Penulisan2U 
 Jom layan sinopsis novel ni...

SINOPSIS "Meh, Sandar Pada Aku!"
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
 
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed..."

"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"

"Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Ini la watak2 yang di gambarkan oleh si penulis...
Sebab malas nak beli on9, so...akan ku beli di kedai buku Popular aje...
Sebagai ahli, dapat juga diskaun 10 %...hihihi ^_^

Friday 1 February 2013

Farewell for My Best Friend Rawaida ♥


ALHAMDULILLAH…
Akhir nyer jadi juga majlis makan2 yang kami rancangkan untuk sahabat baik kami si Aida ni…
Walaupun hanya dengan majlis yang cukup simple…akan tetapi dengan kehadiran rakan2 yang lain, dapat menambahkan lagi kemeriahan & keceriaan suasana di majlis tersebut…
Thanks korang semua ♥


Makan Time ♥
Memang semua melantak x ingat dunia…hihihi ^_^

Boleh makan sampai habis ker tu Rina??
Hihihi ^_^

Apa2 pun..korang semua memang best & sangat sporting…
x kira di mana kita berada, keceriaan sentiasa terpancar di wajah masing2…
Love UoLs ♥

Untuk Aida…
Actually, Kak Emy memang x tahu nak ucap apa…
Cuma, Kak Emy nak minta maaf banyak2 dari hujung rambut sampai hujung kaki jika sekira nyer sepanjang persahabatan kita ni, ade kata2 & tingkah laku Kak Emy yang mengguris hati Aida…Maklum la, Kak Emy ni hanya manusia biase…x lepas dari melakukan kesalahan…Minta Ampun Minta Maaf OK…Hope Aida halalkan apa yang terlebih & terkurang tu tau…^_~
And don't forget for this moment OK….

True Friend

Friend gives you smile
But true friend gives you happiness

Friend will lie about you
But true friend won't tell your weakness

Friend knives your back
But true friend will slog your face

Thousands friends come when you're happy
But only one true friend comes when you cry

Friend comes when he needs you
But true friend comes when you need him

Friend leaves when everybody does
But true friend comes when everybody leaves

Friend comes and leaves
But true friend is yours forever



And always remember me where ever you are…♥
Your Sincerely,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥