♥ nuffnangx ♥

Tuesday 31 July 2012

Lagu Favourite Harraz ♥

Sejak menjadi ibu kepada seorang anak ni, memang berbeza sangat2 rutin harian aku…
Kalau dulu banyak masa untuk rehatkan diri…
Tapi sekarang tidak lagi…
Setiap saat adalah untuk anakanda Harraz kami…

Sebenar nyer aku nak share lagu favourite Harraz…
Start dari anakanda Harraz dah boleh senyum aku nyanyikan lagu ni untuk dia…
Walaupun nyanyian aku x sesedap mane, tapi demi anakanda tersayang…aku gagahkan juga…
Rasa nyer semua orang tahu kot lagu ni…
Ala…masa zaman kindergarden dulu kita ade nyanyi ramai2…

”…..Seekor labah-labah,
Cuba panjat tinggi…..
Bila hujan turun,
Labah cepat lari…..
Terbit mata hari,
Air tiada lagi…..
Labah-labah pun panjat,
Sekali lagi…..”

Sebenar nyer banyak lagi lagu yang aku selalu nyanyi kat Harraz…
Tapi x tahu la kenapa lagu ni yang Harraz suka…
Mungkin sebab aku nyanyikan dengan gaya2 kot…hahaha ♥

Friday 20 July 2012

Salam RAMADHAN 1433H ♥

ALHAMDULILLAH ♥
Syukur x terhingga kepada ALLAH kerana mempertemukan kami dengan Ramadhan kali ini...
Ramadhan kali ini amat bermakna buat aku dan suami kerana kami dapat menunaikan ibadah puasa bersama anakanda tercinta kami, Elman Harraz...
Sesungguhnya, tiada apa yang dapat digambarkan dengan kata2...
Semoga Ramadhan kali ini menguatkan lagi Iman kami dan memberi lebih kebahagian buat kami sekeluarga...AMIN
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA YANG MENGENALI KAMI SEKELUARGA ♥

Wednesday 18 July 2012

Cerita Tak Abih Lagi...hahaha ♥

Wah...rasanya sepanjang minggu ni, blog aku ni x abih2 pasal citer bercuti di Pantai Timur...♥
Bukan ape...saje la nak simpan kenangan ni...
 Mane la tahu kan, kot2 biler anakanda Harraz kami besar nanti, dia boleh baca coretan ibu dia dan tengok gambar2 dia masa kecik dulu...
Zaman sekarang ni, dah macam x ade masa nak gi kedai gambar tuk cuci gambar...
Maklum la...time snap dan capture gambar pun dah boleh pilih yang mane cantik dan terbaik pilihan hati kan...
Kalo dulu2 zaman guna kodak, kita x dapat nak tengok poss yang di"capture"...
Masing2 tertanya2, center ker gambar yang di"capture" tadi??...
Rasa2 goyang x gambar tu??....
Elok x nanti gambar tu bila dah cuci??...
Macam2 persoalan berlegar di minda...hehehe
Pastu, mula la excited nak abihkan satu kodak...
Sebab x sabor nak gi cuci gambar...hehehe
Panjang pulak mukadimah aku...yela, itu pun satu kenangan juga tu...♥
Aku suka sangat tengok gambar Harraz ni...
TQ abah sebab bagi idea tuk ibu capture gambar ni...♥

Macam biase la keje kami suami isteri...
Posing kan anaknada Harraz kami...
TQ anakanda Harraz coz support ibu dan abah
Harraz memang sporting...
Gambar2 ni kitorang capture masa berhenti rehat kat Hentian Titiwangsa...
On the way nak balik ke Penang...
Masa on the way ke Kelantan x berkesempatan nak capture gambar...
Disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak mengizinkan...huhuhu
HOPE dapat datang sini lagi...Sekian


Tuesday 17 July 2012

Cuti2 ♥ Pantai Timur

ALHAMDULILLAH ♥
9 bulan sudah usia anakanda Harraz...
Disebabkan Harraz dah besar, abah belanja ibu dan Harraz Cuti2 ♥ at Pantai Timur...
TQ abah coz belanja kami dan bawa kami jalan2...
Panjang umur dan murah rezeki, nanti abah bawa kami lagi tau...INSYAALLAH....
Actually, ini merupakan second vacatian kami ke Pantai Timur untuk tahun ini...
First vacation dulu masa bulan Mac ari tu...
Masa tu ankanda Harraz kami berusia 5 bulan...
For first vacation dulu Harraz kecik lagi...
Ragam pun x banyak...
Sepanjang perjalanan dia tidur aje...
Senang ibu nak jaga anakanda Harraz masa tu...
Tapi, for second vacation ni...Harraz dah besar sikit...
Akal pun dah banyak...Macam2 la aksi dia dalam kereta...
Cuma perjalanan yang mengambil masa yang lama aje dia tidur lama sikit....huhuhu

Alang2 dah sampai…memang x sah kalo x capture gambar kat hotel…
Tapi x boleh nak ambik gambar full…coz semua dah letih masa tu…
Tunggu masa nak ber”ghroooowhh” aje…hihihi
Sampai mata pun xleh nak buka dah anakanda Harraz kami tu... 
Menagntuk..tapi masih ade hati nak main...
 
Bagi orang Perak yang bersuamikan orang Penang cam aku ni, memang aku sangat2 teruja dapat menjelajah ke negeri2 di Pantai Timur ni…
Ye lah kan, kalo saje2 nak gi sane…memang x la…
Bukannya kami ade tempat persinggahan dan penginapan pun kat sane selain daripada hotel…
Oleh sebab itu, walaupun second time ke Kelantan untuk tahun ini, aku masih rasa seronok dapat bercuti di negeri Cik Siti Wan Kembang ni…


 
Cuma satu jer hasrat aku yang belum tercapai…
Aku nak bergambar kenangan bersama suami dan anak di pintu gerbang Dataran Siti Khatijah…
Sebenarnyer x jauh pun dari hotel kami menginap tu dan ia terletak bersebelahan dengan Pasar Siti Khatijah aje..
Mungkin masa x mengizinkan…
Yang membuatkan aku excited sangat nak bergambar kat pintu gerbang tu bukan apa…
Masa zaman sekolah2 dulu…kalo ikut rombongan ke Kelantan ni, memang x sah kalo x bergambar kat situ…
Memang masih segar dalam ingatan aku, sampai jer kat Kelantan ni bas yang kami naiki pasti akan berhenti kat dataran tu…
Kira macam nak mengimbau kembali kenangan dolu2 la...
May be next time

Monday 16 July 2012

MASJID KRISTAL Kuala Terengganu ♥

Finally Arrived ♥
 ALHAMDULILLAH...
Tercapai juga hasrat nak jejakkan kaki kat Masjid Kristal Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu ni...
Dah lama sangat aku berhasrat nak datang sini...
Mana idak nyer, biler tengok jer gambar kawen kawan2 dari Terengganu, nampak cantik sangat Masjid Kristal tu...
 
Memandangkan cuaca agak panas ketika kami berada di sana, so…gambar yang di capture pun x la banyak sangat…hehehe
Memang menarik sangat tempat ni…
Mungkin ianya masih baru, agak banyak la kekurangan…
Terutama dari segi pandu arah la…
Kami pun agak lost pada mulanya…
Sebab…sampai2 jer kami tercari2 di manakah letaknya Masjid Kristal tu…
Taman Tamadun Islam ni agak luas dan banyak tempat2 menarik untuk dilawati…
Kalo berminat, boleh la naik bot pusing2 Pulau Duyung selama 45 minit…
Harga tiket MYR 15 aje untuk dewasa…
Tuk kanak2 x tengok pulak…hehehe
Memang teringin nak naik bot tu pusing2 sekitar Pulau Duyung tu…
Namun, apakan daya…sebabkan kecian kat anakanda Harraz kami yang kepanasan, kami batalkan hasrat macam2 kami tu…huhuhu…
Sebab x dapat naik bot tu, dapat bergambar kat kawasan jeti pun jadi la…♥
Walaupun dapat jejakkan kaki sekejap jer, bagi aku & suami ianya sudah memadai...
Bukan ape, panjang umur dan murah rezeki...INSYAALLAH akan sampai lagi kat sini...AMIN ♥

Tuesday 10 July 2012

Anakanda Harraz Demam Lagi..........

Leave blogging for a while...

Cuti rehat sekejap, untuk menjaga anakanda tersayang ♥
Semoga anakanda Harrraz cepat sembuh...AMIN
Ibu dan Abah cayang sangat2 kat Harraz...
Kitorang sedih sangat2 biler tengok Harraz nangis...
Sebab, Harraz x boleh lagi nak bagi tau kat ibu dan abah apa yang Harraz rasa...
Be strong tau baby Harraz...
Ibu dan Abah sangat2 rindukan Harraz yang sihat dan ceria selalu...♥


Monday 9 July 2012

The Best Thing In The World ♥

Aku suka sangat2 dengar lagu kumpulan Mocca dari Indonesia ni…
Tajuk nyer  "The Best Thing"…
Sape lagi yang memperkenalkan aku kepada lagu ini kalau bukan My Lovely Husband
TQ abah…ibu rasa terhibur dan bahagia jer dengar lagu ni…
Jom kita layan bait2 lirik nyer…

I’ve got the best thing in the world
Coz’ I got you in my heart
And this screw little world
Let’s hold hand together
We can share forever
Maybe someday the sky will be coloured with our love

I wake up in the morning
Feeling emptyness in my heart
This pain is just too real
I dream about you, with someone else
Please say that you love me
That we’ll never be apart

You have to promise
That you will be faithfull
And there will be lots and lots of love
It is the thing that really matters in this world….

Bagi aku, aku dah dapat “The Best Thing In The World” aku…
Inilah dia…
2 orang paling penting dalam hidup aku selain daripada ibuabah aku…
LOVE both of U ♥♥
Memang aku sangat2 terhibur dengan gelagat dua beranak ni…
Sesungguhnya aku sayang sangat2 pada mereka…
Syok sangat dapat keluar lepak2 dan membuang masa bersama2 mereka berdua ni…
Kalau time cuti, xde lain la aktiviti kami sekeluarga selain daripada jalan2 cuci mata…hahaha
Aku suka tengok anakanda Harraz yang ceria selalu…
Memang sporting la Harraz sekarang

Tengok la gaya Harraz tu… ala2……..?? Guess Who??
Tenang sangat tengok Harraz tidur…
Kalau kuar jalan2, senang aje tidur…Tapi kalau duk umah, punya la susah nak tidur…Asyik nak main jer…
Lastly, aku kene ambik gambar sendiri sebab  x der sape nak tolong capture…
Harraz asyik nak abah dukung dia aje…huhuhu
Ibu pun nak "interframe" juga…

Sunday 8 July 2012

Beach Boy Pants ♥

Suka sangat2 tengok budak kecik2 pakai seluar pantai…
Nampak seksi jer…hehehe
Aku memang suka pakaikan Harraz dengan seluar pantai…
Tapi, boleh tahan juga la harga setiap pieces…
Bergantung pada corak dan material…
Selalu nyer, butik yang menjadi pilihan aku untuk membeli Beach Boy Pants ialah COTTON ON KIDS
Actually, semua fesyen baju kanak2 kat COTTONON KIDS ni aku suka…
Cuma orang yang budget x berape nak banyak cam aku ni, kene la tunggu time promosi baru boleh nak gi borong…hahaha ☻
Dulu masa Harraz kecik, ade satu jer seluar pantai kat COTTON ON KIDS masa kitorang nak beli tu…
Tapi ibu Harraz ni nak beli juga2…
Lastly, Harraz sempat pakai sekejap jer sebab size nyer kecik…huhuhu
Tapi, setakat ni yang membuatkan aku dan suami suka membeli belah di butik COTTON ON KIDS ni ialah singlet untuk Harraz…
Terdapat dalam pelbagai warna dan saiz, bermula dari saiz 1…
Haraganya pula 1 pieces RM19, tapi kalau beli 2 pieces harga nyer RM25…
Ini aje lah yang kami borong untuk Hararz…
Boleh la Harraz pakai gi berkelah nanti


Saturday 7 July 2012

Rezeki Anakanda Harraz✿

ALHAMDULILLAH…
Murah betul rezeki anakanda ibu abah ELMAN HARRAZ ni…
Sape yang nak bagi duit saja2 kan??
Memang x ade la…
x banyak sikit, dapat la buat saving untuk Harraz…
Ini merupakan duit claim daripada insurans sebab Harraz admited hospital ari tu…
Rasa seronok lak keje kat BBraun ni…
Masuk hospital pun dapat duit…
Tapi kene masuk GH ajela…
Kalau masuk hospital swasta, x akan dapat la duit claim tu…
Bila dapat jer surat claim tadi, aku pun baca la apa yang diorang tulis dalam surat tu…
Rasa lawak pulak biler diorang letak nama Harraz “Mr”…
Nama aku pulak “Cik”…
Terasa muda pulak diri ku ini…hehehe
x kisah la “Puan” ker “Cik” ker…yang penting, duit tu nanti memang aku akan simpan dalam akaun ELMAN HARRAZ…
Bukan apa, untuk masa depan Harraz juga nanti…
Zaman sekarang ni kan zaman duit…
Bak kata pepatah, „Melentur buluh, biarlah dari rebungnya“…
So, kene la ajar Harraz dari sekarang cara2 untuk menabung…WALLAHUALAM



Thursday 5 July 2012

Swimming Jumpsuit for Harraz ♥

Biler tengok jer gambar ni, rasa macam dah besar la Harraz sekarang…
Cepat sungguh masa berlalu…
Masih teringat kenangan pahit manis masa mengandungkan Harraz dulu…
Sesungguhnya, aku x akan lupakan kenangan itu
Kenangan itu banyak mengajar aku erti kehidupan…
Hubungan kekeluargaan dan sesame Islam…
Dan peranan utama as a parent….
Bukan senang sebenarnyer menjadi ibu bapa ni…
Kalau salah mendidik anak, huru hara lah institusi kekeluargaan itu nanti…
Cewah2…macam ayat cikgu2 lak aku rasa…hahaha
Bukan apa…pesanan untuk diri sendiri juga
Sebenarnyer, aku nak share tentang Swimming Jumpsuit yang aku dan suami belikan untuk Harraz…
Rasa lawak bila teringat masa nak beli tu…
Saje la kitorang fitting kan Swimming Jumpsuit tu kat Harraz…
Baru jer masuk sebelah kaki, dah nangis2 macam kene cubit…
Wat malu jer tau Harraz ni…
Tapi, x leh juga nak salahkan Harraz…
Coz masa tu Harraz baru jer bangun tdo…
Masih dalam mood blur2…huhuhu
Gambar2 ni kitorang ambik lepas balik dari beli Swimming Jumpsuit tu…
Konon2 nanti nak bawa Harraz gi mandi kat Swimmimg Pool macam anak Datuk Sheikh Muzaffar tu… 
Tapi buat masa ni, ibu & abah Harraz masih belum berkesempatan nak bawa Harraz mandi kat Swimming Pool kat umah kita…
Tunggu cuti hujung minggu la Harraz erk…
Sabtu & Ahad…ibu abah cuti…
Dapat bergambar ala2 mandi kat kolam pun, jadi la…hehehe
Siap posing lagi…
Memang best la anakanda Harraz ibu abah ni…
Makin besar makin memahami kehendak ibu dan abah…
LOVE U SO MUCH BABY
Seronok sangat tengok Harraz tersenyum biler pakai Swimming Jumpsuit tu…
x sia2 ibu dan abah belikan untuk Harraz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥