♥ nuffnangx ♥

Friday 29 June 2012

Letih Sangat La Tu ♥

Lena sungguh tengok anakanda Harraz tdo semalam…
Letih sangat la tu agak nyer…
x pernah2 Harraz tdo dengan gaya camtu…
Cian pulak tengok…
Lepas jer capture gambar, terus alihkan dia…huhuhu
Kadang2 rasa seronok sangat tengok Harraz tdo dengan lena nyer…
Bukan apa, sekarang ni asal celik mata jer…terus meniarap & merangkak nak capai mainan…
x nyempat2 nak bagi refresh diri tu…
Biasa la, budak2 baru nak membesar kan memang macam tu…
As a parent, kalo menghalang…nanti takut pembesaran anak terbantut pulak…
Tapi kalo dibiarkan, takut melampaui batas lak nanti…
Bagi kitorang suami isteri, yang mana patut padan aje la…
Melarang sangat pun x dan mengizinkan sangat pun x…
Siapa yang x nak anak yang cerdik dan pintar kan…
Semoga ankanada Harraz tidak mengecewakan ibu dan abah…
Jadi anak yang bijak OK...AMIN

Wednesday 27 June 2012

Jom Pekena Pulut Durian ♥

ALHAMDULILLAH ♥
Berjaya juga selesaikan ibadah puasa (Puasa Ganti) semalam…
Baru posa sehari, dah nak kecoh kan..hahaha
Maklum la kan…dah lama sangat x berpuasa…
Last puasa dulu  masa bulan Ramadhan 1432H…tahun lepas…itu pun masa tengah mengandungkan Harraz…
Bila puasa ni, macam2 la menu yang terlintas difikiran aku ni…
Tapi entah kenapa la semalam, aku x berapa terfikir pasal berbuka nanti nak makan apa…
Yang berlegar2 dalam otak aku ni…hanya nak cuba buat pulut durian…
Ini semua angkara abah Harraz yang beli durian malam kelmarin…tapi ibu Harraz x sempat nak makan buah durian tu…huhuhu

Jom kita share cara nak masak pulut durian cara ibunda aku…
very2 easy lorr…
1st, masukkan satu pot pulut kedalam periuk (kalo nak buat banyak, letak la 2-3 pot) dan bersihkan…
2nd, masukkan air putih ke dalam periuk sehingga sama paras dengan tinggi pulut…
3rd, masak seperti masak nasi (guna api yang kecil)…
4th, campurkan santan bersama air dan sedikit garam…

Then, apa lagi…jom lah kita menikmati dan menjamah Pulut Durian itu…
Kepada yang dah tahu masak tu, jangan la gelak kat I yang baru nak cuba2 belajar masak ni tau…
Bukan apa..dah lama nak try, tapi masa dulu2 belum terbuka hati lagi…mungkin sekarang dah sampai seru…hehehe ♥


Tuesday 26 June 2012

Harraz & Gigi ♥

ALHAMDULILLAH ♥
Dah semakin membesar anak ibu & abah ni…
Ari tu baru nampak bakat nak naik gigi jer…
Tapi sekarang ni dah nampak gigi Harraz dengan jelas dan nyata…
TAHNIAH anakanda Harraz…♥
Harraz dah ade 2 batang gigi…
Lagi sebatang dua bakal menyusul x lama lagi…
Rasa nyer…semua ibu bapa yang baru seperti aku & suami pun akan teruja melihat perkembangan anak masing2…
Pasti mereka juga mengharapkan anak meraka membesar dengan sihat & cerdas…
To anakanda Harraz…don’t naughty2 tau…jadi anak yang baik tau…
Ibu abah proud with u Harraz ♥


Sunday 24 June 2012

Oh My First Gim

Kisah Hari Ini ♥
Rasa nyer macam dah lama sangat x bagi Harraz main kat "My First Gim" yang kami belikan untuk dia...
Masa belikan dulu Harraz masih kecil lagi...
Masih belum sesuai untuk main kat dalam "My First Gim" tu...
Tapi sekarang ni bila kasi Harraz main, Harraz macam kekok pulak...
Macam x tahu nak buat apa kat dalam "My First Gim" tu...hehehe
Rasa lawak pun ada tengok Harraz duduk kat dalam tu...
Statik jer...
Tapi lama2, dia dah serasi dengan keadaan dalam tu...dia pulak yang menyakat kita...
Siap bising-bising2 panggil ibu & abah nak ajak main sama dengan dia...
Dah macam duduk dalam penjara lak si Harraz tu...
 
Apa-apa pun, ibu abah tengok Harraz happy sangat main kat dalam "My First Gim" tu...
Tak sia-sia ibu abah belikan "My First Gim" untuk Harraz...


Cara Baru Membersih Lantai ♥

Kejam betul ibu Harraz ni kan?...hahaha
Ada ke patut wat tajuk entry camtu...
Tapi, tengoklah si Harraz tu… 
Rasanyer…semua yang bergelar ibu bapa pernah melalui pengalaman ini…
Kini, aku & suami juga tidak terkecuali…
Mana tidak nyer, sekarang ni anakanda Harraz kami ni dah pandai bergerak ke sana ke mari…
Lagi dipanggil, lagi laju dia bergerak…
Nasib baik belum boleh berjalan lagi…Kalo dah boleh berjalan nanti, rasa nyer lagi panjang la langkah dia…
Yang buat aku & suami terhibur tu, Harraz ni akan senyum walaupun dia tahu kami sedang melarang dia untuk buat sesuatu…
Hmmmmm…wahai anak…
Kalau lah engkau faham perasaan ibu…
Sebenar nyer, ibu & abah bangga sangat tengok Harraz dah boleh menjulur & merangkak...
Tapi, Harraz jangan la pergi kat tempat yang kotor tau...
Janji tau ♥
Aku x de la marah pun…
Cuma risau…takut aku & suami terlepas pandang…
Sebab Harraz selalu masukkan benda yang dia pegang dalam mulut…
Kalo benda besar, kita leh nampak…kalo benda yang kecik, yang boleh dia telan camner??
Aku juga yang nak meraung nanti…huhuhu
As a parent, kita semua nak yang terbaik untuk anak kita…
Hope Harraz akan sentiasa menggembirakan & membahagiakan ibu ♥ abah…
Jadi anak yang mendengar kata tau ♥


Saturday 23 June 2012

Harraz ♥ Bubbles

Terhibur rasa hati bila tengok anakanda kesayangan gembira & bersuka ria ketika bermain…
Tengok lah tu gelagat Harraz…
Rasa nyer kalo Harraz dah boleh berjalan & x ada walker2 tu…dah melompat2 agak nyer si Harraz tu…
Macam ni kehidupan seharian kami sekarang…
Segala nyer di isi lebih untuk keperluan anak…
Walau apa pun, anak memang Penenang Hati Ibu Bapa
Terima Kasih ELMAN HARRAZ sebab hadir dalam hidup ibu & abah…
Ibu & abah cayang sangat2 kat ELMAN HARRAZ ♥



Thursday 21 June 2012

I am the LUCKY 5 WINNERS!

Hahaha…^_^
Seronok nyer rasa bila dapat menang sesuatu pertandingan…
Rasa makin bersemangat lak nak join lagi…
Kebtulan semalam aku cuti…so, x dapat la nak baca mail…
Hari ni, sampai jer kat tempat keje..kawan2 semua wish TAHNIAH…
Diorang bagi tau yang aku pun menang POP QUIZ - Qualification Management System…
Mula2 join rasa nak syok2 jer…sebab tahu bukan aku sorang jer yang keje kat BBraun ni...
Tapi, bila menang…memang x sangka sangat2…
Tengok la hadiah yang aku dapat…Cute kann??
TQ kepada author POP QUIZ ni…
Nanti wat POP QUIZ lagi tau…
Sebab aku memang suka dapat hadiah…♥



Tuesday 19 June 2012

Peace Run 2012

Wah…wah…ade hati aku ni nak join Peace Run 2012…
Macam yoyo oo jer…
Ntah kesampaian ke x ni…
Tapi aku memang minat aktiviti berlari-lari anak ni…hihihi
Cadang nak bawa anakanda Harraz & en.suami join…
Kalau ikutkan offer kat tempat keje aku ni, 50 orang terawal yang kasi nama…tidak dikenakan bayaran…Free of Charge…
Tapi lepas untuk aku sorang ajer la…
Kalo aku nak ajak en.suami & anakanda Harraz join, aku kena la daftarkan diorang dengan SCI Malaysia – PENANG...
tak la mahal pun…RM15 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2…
Harraz dah kira kanak2 ker erk??
Tarikh tutup penyertaan ialah 6th July 2012…
Apa tunggu lagi…Jom kita mendaftar sekarang…
Masa tempat adalah seperti berikut…
Untuk lain2 agenda & aktiviti kat Pulau Pinang ni, anda boleh lawati PortalRasmi Majlis Perbandaran Pulau Pinang – Peristiwa
Bukan ape letak jadual ni untuk dikongsikan bersama...senang nanti nak bagi tahu en.suami tarikh untuk program berbasikal pulak...
Maklum la...orang ade Fixie

Monday 18 June 2012

Bergembira Di Taman Belia ♥

Taman Belia atau Taman Perbandaran Pulau Pinang merupakan taman rekreasi untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan...
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini...termasuklah senam robik...
Amboi, formal nyer ayat aku...
Macam buat karangan Bahasa Melayu pulak...hehehehe...^_~
Saja la aku nak share aksi2 anakanda Harraz kami ni...
Sekarang ni Harraz dah pandai buat mimik muka...
Yang paling membuatkan kami terhibur, bila nampak nyer monkey2...Harraz menjerit2...x takut langsung kat monkey2 yang berkeliaran tu...♥
Wajah dan aksi ankanda Harraz ♥
Ni mimik muka apa yer anakanda Harraz?? Ceciter...♥
Bersama abang2 sepupu ♥
Kepada abah, nanti kita datang awal sk8 tau...baru la boleh buat pelbagai aktivit...♥


Sunday 17 June 2012

Selamat Hari Bapa ♥

Happy Fathers Day to My Lovely Husband ♥
and my Lovely Abah Atuk Alim ♥
Kepada budak kecik Elman Harraz, anakanda lambat lagi nak jadi abah...
Tapi, ibu wish juga la tuk Harraz sempena Harraz dah tumbuh gigi 2 batang...♥
 Buat My Lovely Husband Askroll Nutz...Terima Kasih sebab menjadi suami & abah yang baik untuk kami...Semoga abah dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki...AMIN ♥
 Ibu & Harraz sentiasa dan selalu sayangkan abah sangat2...We Love U abah ♥



Friday 15 June 2012

Lawak PTPTN


Hari tu, aku dapat satu mail dari salah sorang kawan aku...
Memang aku respect giler kat orang yang buat „Lawak PTPTN“ ni…
Sebab orang itu sangat kreatif
Kalo korang x caya, cuba korang baca dialog kat bawah ni…
Tapi, lawak-lawak juga la kan
Hutang PTPTN jangan lupa bayar yer sahabat2 ku sekalian ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥