♥ nuffnangx ♥

Thursday 31 May 2012

Abah & Fixie ♥

Actually, dah lama dah hobi baru en.suami menunggang Fixie ni…masa tu x ramai lagi yang menunggang fixie ni di jalan raya…tapi sekarang, kalo kita gi mana2 dah bersepah2 orang yang menuggang basikal fixie ni…& kebanyakan penunggang nyer adalah budak2 sekolah.

Macam biase la, bila bosan, aku pun belek la photo2 album file yang lama kat dalam hard disk aku ni, then…jumpa gambar en.suami bersama basikal fixie nyer…saje la nak share sebagai kenang2an…nama blog pun DonutZchoOmey Diary kan…so, segala apa yang jadi kenangan, haruslah diabadikan…♥

Tapi sekarang, Fixie ni dah berubah wajah...Warna pun dah berubah...bukan perubahan negatif tau, perubahan positif...cuma, bagi aku yang sentiasa menjadi pemerhati ni, aku sangatkan suka kan "the original fixie"...♥
Kenangan bersama Original Fixie ♥ 

Tersentimental, smpai terlupa pulak tujuan utama...sebenar nye, aku nak share kan 10 Fakta Menarik Berkenaan Basikal Fixie ni:

  • Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, tetapi baru2 ini ia mula menjaditrend di kalangan remaja di Malaysia.
  • Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang2 melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  • Untuk memberhentikan basikal Fixie, penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai „Skidding“.
  • Sesetengah penunggang Fixie berpendapat basikal ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  • Basikal Fixie tidak mempunyai gear.
  • Harga basikal Fixie adalah dari ratusan ringgit ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  • Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri di mana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai.
  • Seperti basikal BMX, Fixie juga mempunyai „skill“ atau „trick“ yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir. 
  • Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk „coasting“ di mana pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  • Sesetengah penunggang berpendapat, menunggang Fixie memberikan mereka lebih „feel“ kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

✰Bahan Eksperimen...??✰

Kadang2, rasa kesian tengok anakanda aku si Harraz ni...
Asyik jadi bahan eksperimen ibu ♥ abah dia jer...
Tapi, kadang2 syok juga wat eksperimen kat budak Harraz ni...
Bukan ape la kan...
Bile wat something kat dia, pasti benda tu akan meninggalkan kenagan yang manis...
...♥ so sweet ♥...
Itulah kelebihan anak kan??
Membawa rezeki & limpahan kasih sayang kepada kedua ibu ♥ abah nyer...
ºνєU baby Harraz...muah..muah..muah...♥
Tapi, nanti biler Harraz dah besar, jangan la marah & balas balik kat ibu abah tau...
Macam2 gaya & rupa Harraz ni...
Tapi semua nyer menghiburkan hati ibu ♥ abah...
THANKS Harraz coz hadir dalam hidup kami...
Ibu ♥ Abah cayang sangat2 kat Harraz...♥
Semoga kasih sayang kita sekeluarga diredhai ALLAH...AMIN...
ºνє


Wednesday 30 May 2012

Bersantai di tepi Pantai Jerejak…♥♥♥

 Lepas balik keje semalam, tetibe rasa nak bawa anakanda Harraz lepak2 ambil angin tepi pantai…kat area penang ni, dah banyak dah tempat lepak sebenar nyer…tapi, jalan yang harus kita lalui itu saja yang menjadi penghalang nyer…biase la…masalah “traffic jam“…jalan yang sepatut nyer dekat pun akan jadi jauh…huhuhu…


Semalam, kitorang wat keputusan nak lepak area Queensbay, Pantai Jerejak…Syok juga la layan pemandangan petang2 ni…rasa tenang sangat…sambil menikmati cendol & air kepala…bihun sup & laksa…memang amat2 menenangkan jiwa…hahaha…ter”sentimental” plak…
Tapi, macam biase la muka anakanda Harraz kami ni…susah sangat nak senyum walaupun dah bawa dia gi jalan2…ntah kenapa pun aku x tahu…
Walaupun Harraz x berapa nak ceria, ibu ♥ abah tetap rasa Harraz comel walaupun Harraz x senyum...Sebab Harraz selalu wat muka cute...♥
Akhir nyer, kami buat keputusan balik awal coz anakanda Harraz menunjukkan tanda2 yang dia sudah bosan...xpela, lain kali kita lepak lagi erk anakanda Harraz...tapi Harraz kene la ceria2 selalu k...♥ 


Tuesday 29 May 2012

AWAS, tubuh kurus tapi banyak LEMAK!

Tadi masa gi kedai koperasi kat tempat keje aku ni,
aku terpandang kat tempat letak majalah…
banyak nyer majalah Mingguan Wanita…
mungkin latest keluaran baru sampai kot…
aku pun belek…
Alahai…comel nyer gambar Bienda dengan baby dia…
cute sangat2…
dua2 putih gebu pulak tu..
Tapi, bukan itu sebenarnyer focus utama aku…
Aku terpandang pada tajuk kat cover majalah tu…
nak tahu apa dia??

OMG…actually, hakikat kehidupan masa kini, semua orang nak kurus…
tapi kurus tu x semesti nyer sihat…
mari kta sama2 baca serba sedikit info di artikel ni…

Tubuh yang kurus dan langsing tidak bermakna anda tidak mempunyai lemak. Kadangkala, orang yang kurus mempunyai lemak yang tinggi daripada orang yang lebih berat dan berisi. Bai yang mempunyaibtubuh yang agak berisi juga perlu berhati-hati kerana kemungkinan tubuh anda juga mengumpul lemak berlebihan.

Justeru, adalah lebih baik anda sentiasa membuat ujian kesihatan yang mudah tidak kira tubuh langsing mahupun sebaliknya. Ini bagi memastikan anda dapat mengekalkan berat badan ideal pada tahap yang normal, sekali gus dapat mengetahui Indeks Jisim Tubuh (IJT), tekanan darah, kadar gula dalam darah dan paling penting mengenal pasti kadar kolestrol dalam tubuh anda.

Ujian sebegini dapat membantu anda mengambil langkah yang sesuai bagi memelihara kesihatan pada tahap yang terbaik. Namun, jangan lupa untuk menjalankan rutin pemeriksaan lain sebagai langkah awal pencegahan penyakit.

Kalo nak tahu lebih lanjut, kene la baca full atikel di Mingguan Wanita.....

Penasihat Kewangan ♥

Inilah penasihat kewangan keluarga kami…♥
Besar x big boss kami?? Sama tinggi dengan susunan duit 50 sen…hehehe…
Gambar ni di”capture” masa anakanda Harraz berusia 4 bulan…
lama dah kan??
Tapi saje la aku nak share kan..bukan per, tadi buka la file gambar2 yang aku simpan dalam hard disk…terjumpa la dengan gambar2 ni…
then aku edit…
Nampak lain muka Harraz masa ni…rasa rindu lak kat Harraz masa kecik…
huhuhu… @_@





Monday 28 May 2012

Aktiviti Hujung Minggu…♥

Selalu nyer, hujung minggu keje aku wat OT (Overtime) jela…tapi, lately ni rasa x berapa nak sihat...so, aku banyak abih kan masa dengan family…kadang2 fikir bagus juga dapat rehatkan diri…tapi biler duk umah aje, x best juga…cian tengok anak main kat dalam umah jer…aku & hubby sepakat, bawa anakanda Harraz kami jalan2…Ronda punya ronda, x tahu dah nak pusing mana…last2 bawa anakanda Harraz jalan2 kat taman…tapi, tengok la muka Harraz tu…x ceria langsung…mungkin sebab panas kot…berpeluh2 dia…cian lak tengok…walaupun macam2 gaya abah wat kat dia, anakanda Harraz tetap juga bermuram durja...huhuhu...
Main jongkang jongket dengan abah pun, muka still x ceria…apa la anakanda Harraz ni…merajuk dengan ibu abah ker??
Anak manja abah …jeles nyer ibu…
Gambar ibu jer yang penuh…sorry erk ayahanda & anakanda…hehehe ^_^

Walaupun sekejap jer dapat luangkan masa bersama, tapi aku rasa happy sangat2 dapat luangkan masa bersama keluarga…semoga ALLAH sentiasa melimpahkan kasih sayang kepada keluarga kami…AMIN ♥♥♥

Friday 25 May 2012

KaWaN...♥♥♥

Rasanya, macam susah nak jumpa kawan sejati zaman sekarang ni…kalau ada yang baik dengan kita tu…belum tentu hati nyer ikhlas…kadang2 rasa malas nak ambik hati dengan perangai kawan2 ni…tapi, biler kita wat x tahu…kawan tu mesti ambik kesempatan…kenapa erk??

x leh ker sekali dalam hidup kita, kita ikhlas?? tahu x betapa nikmat nyer jika kita ikhlas dalam setiap perbuatan kita?? aku ni, idak ler pandai sangat bab agama..tapi, cuba kita hayati lirik lagu nasyid kumpulan In-team ni…sebagai panduan untuk aku juga…
Apa itu UKHUWAH??
Ukhuwah (atau bahasa melayu nya disebut persaudaraan) adalah jalinan yang menghubungkan sebahagian dan sebahagian umat Islam yang lain dan berasaskan ikatan rabbani (ketuhanan) dan ketaatan kepada ALLAH.


Apa itu MAHABBAH??
Mahabbah ialah (kasih sayang, cinta dan mengasihi), harus difahami bahawa jika kita tidak bersetuju dengan pendirian seseorang maka janganlah hendaknya kita menolak semua yang datang daripadanya walaupun ianya benar. Perkara benar itu tetap sekalipun ianya datang daripada orang kafir.


Rasanya...orang yang betul2 normal, akan faham la maksud2 ayat di atas...marilah sama2 kita renungkan...♥♥♥


*kredit to en.google...segalanya dihujung jari anda...

Tuesday 22 May 2012

"Best"kan Dapat Hadiah ♥♥♥


Rasa teruja sangat ari ni coz dapat hadiah daripada en.suami...Thanks abah coz hadiah kan ibu external "hard disk"...dah lama ibu minta kat abah, baru ari ni dapat...
ALHAMDULILLAH coz en.suami memahami kehendak isteri nyer...♥...Hope lain kali dapat lagi hadiah dari en.suami...semoga abah murah rezeki...nanti leh kasi ibu hadiah lagi...AMIN ♥

Lepas ni nak minta ape plak erk kat en.suami...fikir-fikir...


Sunday 20 May 2012

Rajin ker camni?? ♥


hehehe....rajin ker camni erk?? ari ni aku mengkreatifkan diri aku dengan membuat kotak kosong berubah wajah dengan hanya menggunakan sticker warna warni...


Before Transformasi...

After Transformasi...

Rasa2 leh buat duit x benda ni?? hehehe...sekarang otak nak business jer...mana la tahu leh jadi kaya kan...

Saturday 19 May 2012

Anakanda...Anakanda...

Sejak 2 menjak ni...macam la perangai Harraz yang ibu abah x dapat nak bendung...buas sungguh dia sekarang ni...yang paling x boleh blah, suka menjerit-jerit macam kene cubit...pada hal, apa yang dia nak dia x dapat nak buat...runsing aku & suami dibuatnyer...tambahan plak, sekarang ni dah pandai menjulur & tunggu masa jer nak merangkak...lagi la bertambah2 kerungsingan kami...

Yang terbaru, pagi ni...anakanda Harraz menjatuhkan diri nyer daripada katil...padah nyer, hampir benjol dahi tu...Harraz...Harraz...kenapa la Harraz buat ibu & abah camni...sedih tau kitorang...nasib baik la x cedera serius...kalo serius, confirm la ibu kene wat umah kat hospital lagi...

Nasib baik tidak meninggalkan kesan yang mendalam...
Please don't do that again ya Harraz...
LOVE U budak Harraz comel...


Ni la cabaran membesarkan anak...ntah camner la ibu abah kita jaga kita dulu kan??



Thursday 17 May 2012

Apa nak buat erk??

Sekarang ni, dah masuk 2 minggu anakanda Harraz buat perangai tak nak tidur malam…start pukul 3 pagi, sampai la pukul 6 pagi…baru dia nak tidur…itu pun kadang2, start pukul 4 pagi, sampai la kul 8 hantar gi umah pengsauh pun x tidur2 lagi…mata ibu abah dah macam panda dah gi keje Harraz…

As a mother, ada x sape2 leh kasi cadangan?? dah pelbagai kaedah & cara kami gunakan…tapi, Harraz still tidur x lama…

Tetbia rasa rindu pada Harraz yang kecik dulu...asyik tidur & senang sangat tidr masa tu...


Hope Harraz dapat tidur secara normal nanti...cayang Harraz ♥












Rooftop Prince - Cute moments of Bak Ha and Tae Yong/Lee Gak ♥

Tak sabar rasa nyer nak abih kan episod Rooftop Prince ni...tapi masih tak berkesempatan la nak tengok secara on9 di internet...so, terpkasa la tunggu channel 393 siarkan sampai abih nanti...Bile tengok video ni, rasa cam romantik lak Putera Mahkota yang bodoh2 tu...hehehe...

 

Wednesday 16 May 2012

Baju Raya...♥

Tak sabar nyer rasa nak sambut Ramadhan & Syawal tahun ni...sebab, tahun ni aku rasa sungguh bermakna dapat berhari raya sebagai seorang ibu...tak ergambar perasaan nyer...hanya orang2 yang bergelar ibu saja yang tahu kan??

Citer pasal raya ni, mesti la tak lengkap kan raya kita tanpa baju raya...setiap tahun, aku akan pastikan, aku & suami mempunyai 2 pasang baju raya tiap seorang...bukan pe, nanti raya haji senang...x yah serabut nak fikir pakai baju color ape...Untuk tahun ni, makin bertambah la budget aku...sebab kene prepare 2 pasang baju untuk anakanda Harraz juga...

Tapi, nak wat camne kan...tahun ni aku teruja lebih sebab nak sambut raya dengan Harraz...so, 2 pasang baju tuk Harraz dah pun siap dibeli...comel x??
Hadiah yang ibu aku kasi ari tu, aku dh berjaya match kan kain nyer...tapi, x tahu la cantik ke x...tadi jalan2 kat kamdar, banyak juga kain yang aku berkenan...tapi, pekerja2 nye lom siap susun lagi kain2 tu...hampa juga la...tapi x pela...memandangkan kewangan aku pun cukup2 je...lain kali pulak la aku gi beli...huhuhu...


Bukan kain tuk baju ni aje yang aku dapat match kan...tapi kain tuk baju yang aku beli 2 tahun lepas sekali...Actually, dulu rasa malu nak pakai kebaya nyonya ni...tapi bila dah ade lebih dari satu ni, tetiba rasa x malu lak nak pakai...tambah lagi, orang belanje kan...lagi la x malu..hehehe


Kalau boleh, esok juga aku nak gi tempah kain2 ni...x sabar rasanyer nak pakai baju2 ni raya nanti...Untuk abah, nanti bulan depan lak kita shoping baju raya abah erk...


Terima Kasih IBU ♥

Rasa nyer masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibu tercinta & juga diri sendiri…walaupun anakanda Harraz masih belum boleh wish lagi, tapi aku tetap rasa happy sambut hari ibu tahun ni sebab aku dah pun bergelar seorang ibu…ALHAMDULILLAH & Terima Kasih ALLAH kerana member aku peluang menjadi seorang ibu ♥…

Saje nak menunjuk…hehehe ^_^..Hadiah Hari Ibu from my lovely mom Puan Azian…Cantik x??
Tapi nak match dengan kain warna apa erk??
Ibu selalu kasi kami adiah…tapi, kami jarang2 sekali baru bagi ibu adiah…kadang2 rasa x tahu nak kasi ibu adiah apa…x terbalas rasa nyer jasa ibu dengan adiah yang kami berikan…Terima kasih Ibu untuk semua kasih sayang yang ibu berikan kepada kami...

Selamat Hari Ibu
Dengarkan lah lagu
Laguku ini
Ikhlas dari hati…
Hanyalah untuk mu
Akulah anak mu
Anak mu yang selalu
Memelukmu…
Menciummu…
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat Hari Ibu…
Ku ucap kepada mu…
Walauku jauh disini
Ku harap kau terus menanti kepulanganku
Tuk menemani mu hingga ke akhir nanti
Aku janji…
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahgia
Ingin ku nyatakan engkau milik syurga

Monday 14 May 2012

Thursday 10 May 2012

Medical Leave....

Masih dalam mood x sihat aku ni...huhuhu...aku sebenarnye, nak sangat2 gi keje cari rezeki...tapi x tahu la kenapa skrg ni aku selalu sakit2 & ada rasa yang kurang enak jer tiap kali nak melangkah gi keje...mungkin aku ni kene cari air penawar kot...hahaha...Mungkin juga, aku masih perlukan rehat sebab dah banyak menghabiskan tenaga menjaga Harraz di hospital ari tu kot...

Sebenarnye, aku kene admit kat Hospital Pantai Penang semalam..tapi rasa xbest lak kalo admit...coz Harraz & abah xleh nak teman aku tidur malam2...tetibe rasa macam sedih & sunyi sangat...terus x jadi nak admit...nasib baik doktor memahami & kasi aku medical leave...TQ Doktor Rajah...
Cuma satu kejutan buat aku & suami...Doktor kata, kalau aku x admit, insurans x akan cover...so, aku kene bayar la duit ubat & rawatan...aku & suami pun kata OK...tapi, bila tengok bil...ASTAGHFIRULLAHALAZIM...

P/S : Kalau rasa x cukup duit, pergi aje la klinik biase...hehehe

Nice Day Animations

Tuesday 8 May 2012

Demam Campak...???

Wow...lama sungguh x update blog...sebabnye, terpaksa berkampung di hospital selama 4 hari sebab anakanda Harraz admited...syukur ALHAMDULILLAH...Harraz dah sihat...tapi, nak jadi citer...ibu dia lak yang demam...huahuahuahua...

Walaupun Harraz dah sembuh, tapi still kene check up rabu depan..xpe la, semua demi kebaikan Harraz...ibu abah turutkan saja...


 Pengalaman & Pengajaran :
  
             Kejadian belaku pada khamis malam, anggaran masa 9 mlm...aku & suami cuba bagi Harraz makan ubat...pada mulanya Harraz OK masa makan ubat demam...tapi bila kami cuba beri dia ubat antibiotik, Harraz mula muntah2...lepas tu dia OK..Then, kitorang cuba lagi beri Harraz ubat antibiotik tu, kali ni x muntah...tapi ubat tu seolah2 tersekat2 pada tekak & hidung dia...Harraz mula nangis xhenti2 mungkin sebab dia x selesa sangat...kami dah mula x sedap hati...rasa nak bawa gi hospital...tapi kam hold dulu coz kami ank cuba bagi Harraz muntah...Masa cuba bagi Harraz muntah, Harraz mula tersedak...muka Harraz terus jadi biru...badan sejuk dan dia mulai lembik & tidak bermaya...Ya ALLAH...apa yang patut kami buat ni...panik nyer kami hanya ALLAH yang tahu...

Kelam kabut giler kami dibuat nyer...biler nampak Harraz OK sikit, dalam otak kitorang ni memang nak gi GH jer...tapi, baru jer mula perjalanan, badan Harraz lembik balik...jenuh kau panggil nama dia...kejutkan dia coz Harraz dah mula lali...mata pejam celik pejam celik...takutnyer kami...tanpa fikir panjang, aku suruh suami patah balik dan pergi ke hospital berdekatan...yang terlintas difikiran hanya Hospital Pantai Mutiara & Hope Children...tapi, Hope Children selalu xde doktor...kitorg sepakat pergi juga Hope Children sebab paling dekat dengan umah kitorang....ALHAMDULILLAH...nasib baik masa tu doktor baru nak kuar...sempat la doktor rawat Harraz...masa di Hope Children, suhu badan Harraz 39.7°C...doktor masukkan ubat ikut punggung...tapi, x admit Harraz...

Kitorang masih rasa x sedap hati...kitorang pun bawa Harraz gi GH...sampai kat GH doktor check suhu Harraz 38.5°C...diorg cuba lap badan Harraz dengan tuala basah kasi suhu turun...sambil2 tu diorg interview la kitorg berdua, biler diorg dengar jer Harraz tersedak ubat then muka jadi biru, terus diorg admit Harraz...mula2 tu demam kejap panas kejap OK...bila hilang demam...naik pula ruam..rupa2 nyer Harraz kene demam campak...dengan bantuan rakan suami, kami letak daun bambu di bawah lapik tidur Harraz...akhirnya ruam campak pun hilang...ALHAMDULILLAH

Gaya Harraz tidur masa kat hospital...terpaksa ber"pampers" aje coz nak kasi ruam campak cepat hilang...

(Pengajaran: Jangan paksa anak makan ubat...OK)

Bee Clip Art
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥