♥ nuffnangx ♥

Tuesday 5 February 2013

NOVEL Terbaru di Karya Seni ♥

Novel "Meh, Sandar Pada Aku!"...Hasil Karya Aifa Batrisya...

Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak
: RM25
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian
Online
)
 
Huwaaa...sekarang ni dah x ade masa nak membaca novel di waktu lapang...
Tapi x best pulak bila x dapat nak habiskan novel on9 yang aku baca ari tu...
Hati ini memberontak nak tahu ending cerita nyer...
Nasib baik la Karya Seni dah pasarkan novel nyer...
Akan ku cari juga masa yang terluang untuk meng"khatam"kan novel tersebut...hihihi ^_^
Kalo nak baca on9, korang leh visit blog Cik Aifa sendiri...
Atau korang boleh baca di page Penulisan2U 
 Jom layan sinopsis novel ni...

SINOPSIS "Meh, Sandar Pada Aku!"
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
 
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

"Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?"

"Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?"

"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!"

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

"Aku apa?"

"Tak ada apa-apa, Doktor Syed..."

"Aku tanya sekali lagi. Aku apa?"

"Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?"

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Ini la watak2 yang di gambarkan oleh si penulis...
Sebab malas nak beli on9, so...akan ku beli di kedai buku Popular aje...
Sebagai ahli, dapat juga diskaun 10 %...hihihi ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥