♥ nuffnangx ♥

Thursday 31 May 2012

Abah & Fixie ♥

Actually, dah lama dah hobi baru en.suami menunggang Fixie ni…masa tu x ramai lagi yang menunggang fixie ni di jalan raya…tapi sekarang, kalo kita gi mana2 dah bersepah2 orang yang menuggang basikal fixie ni…& kebanyakan penunggang nyer adalah budak2 sekolah.

Macam biase la, bila bosan, aku pun belek la photo2 album file yang lama kat dalam hard disk aku ni, then…jumpa gambar en.suami bersama basikal fixie nyer…saje la nak share sebagai kenang2an…nama blog pun DonutZchoOmey Diary kan…so, segala apa yang jadi kenangan, haruslah diabadikan…♥

Tapi sekarang, Fixie ni dah berubah wajah...Warna pun dah berubah...bukan perubahan negatif tau, perubahan positif...cuma, bagi aku yang sentiasa menjadi pemerhati ni, aku sangatkan suka kan "the original fixie"...♥
Kenangan bersama Original Fixie ♥ 

Tersentimental, smpai terlupa pulak tujuan utama...sebenar nye, aku nak share kan 10 Fakta Menarik Berkenaan Basikal Fixie ni:

  • Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, tetapi baru2 ini ia mula menjaditrend di kalangan remaja di Malaysia.
  • Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang2 melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  • Untuk memberhentikan basikal Fixie, penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai „Skidding“.
  • Sesetengah penunggang Fixie berpendapat basikal ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  • Basikal Fixie tidak mempunyai gear.
  • Harga basikal Fixie adalah dari ratusan ringgit ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  • Penunggang Fixie mempunyai komuniti sendiri di mana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal Fixie beramai-ramai.
  • Seperti basikal BMX, Fixie juga mempunyai „skill“ atau „trick“ yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir. 
  • Basikal Fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk „coasting“ di mana pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  • Sesetengah penunggang berpendapat, menunggang Fixie memberikan mereka lebih „feel“ kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥