♥ nuffnangx ♥

Friday 15 June 2012

Tabung Bantuan Baby Nur Qiasara Muinuddin ♥

Selalu kita terbaca tentang kisah kanak2 yang memeerlukan bantuan dalam majalah2 dan akhbar2 tempatan…
Tidak ketinggalan juga di Facebook, Twitter, & Blog…
Memang aku x pernah jangka benda2 macam ni akan jadi pada orang2 yang terdekat dengan aku…
Namun, semua itu kuasa Tuhan…tiada siapa yang mampu menolak dugaan dari Nya…
Semoga sahabatku Badariah Rahmat dan suami kuat untuk mengharungi dugaan ALLAH ini…AMIN ♥
Tujuan aku tulis kat blog aku ni, adalah untuk memohon jasa baik rakan2 yang membaca blog aku ni, untuk sama2 menyalurkan bantuan kewangan kepada baby Nur Qiasara Muinuddin bagi menampung kos untuk pembedahan jantungnya.

Ini adalah gambar baby Nur Qaisara sebelum menjalankan pembedahan pertama…
Badariah Rahmat melihat bayi perempuannya Nur Qaisara Muinuddin di hospital…Pic by Che Rani Che Din
Gambar kali pertama baby Nur Qaiasara bertumu & mendakap ibunya…
Kepada yang prihatin & ingin membantu, anda boleh menghulurkan sumbangan kepaada Hospital Gleneagles KL dengan menghubungi talian 03-41413183 atau 03-43413192.
Atau
The New Straits Times Press (M) Bhd dengan menulis nama pesakit di belakang cek dan dialamatkan kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

 

Rujukan Pautan :

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥