♥ nuffnangx ♥

Wednesday 4 July 2012

Koleksi Upin & Ipin ♥

Hujung minggu baru ni, kami sekeluarga telah menghabiskan dan mengisi masa lapang kami dengan berkunjung ke rumah baru kembar aku di Taiping…
ALHAMDULILLAH
Dah siap rumah baru diorang…Cantik sangat2..
As a twin, aku sangat berbangga kerana salah seorang daripada adik beradik kandung aku yang berjaya dalam hidupnya…
Entah biler la aku akan dapat memiliki rumah secantik dan sebesar itu pulak…huhuhu
INSYAALLAH
Dengan izin ALLAH…selagi kita berusaha dengan setulus dan seikhlas hati, ALLAH akan memperkenankan impian dan permintaan kita

Rasa macam terpanjang pulak muqadimah aku hari ni…hehehe
Sebenar nyer aku nak citer pasal Koleksi Upin dan Ipin yang kami beli masa gi Taiping tempoh hari…
Memang macam2 barangan dari Koleksi Upin dan Ipin ada dijual kat kiosk tu…
Tapi yang buat aku x faham tu, kenapa la mahal sangat harga tiap Koleksi Upin dan Ipin ni??
Padahal ianya adalah barangan buatan Malaysia…
Sepatut nyer, di Malaysia ni kene la jual murah sikit…
Baru la orang2 kita akan support barang2 keluaran negara kita…
Kalau ikutkan nafsu membeli belah aku ni, mcm2 aku nak rembat…
Tapi tengokkan harga dan kualiti barangan, cam x berbaloi lak…
Aku hanya beli 4 item aje…
Beg ni berharga MYR 35.00…
Kami akan gunakan beg ini untuk menyimpan baju2 dan kelengkapan peribadi anakanda Harraz…♥
Beg ni pulak berharga MYR 29.00…
Beg ni kami akan gunakan untuk menyimpan kelengkapan dan bekalan susu anakanda Harraz…
Bantal tiga segi ni sangat cute ♥…
Harga nyer MYR 10.00...
Saje la kami beli untuk buat bantal peluk ankanda Harraz waktu travel…♥
Button Upin dan Ipin…
Ini la yang paling murah aku rasa…
2 pcs MYR 3.90…
Saje buat hiasan kat beg ankanda Harraz…♥

Berbaloi atau tidak, terpulang kepada pendapat dan kemampuan masing2…
Bagi aku dan suami pulak, apa yang cantik di mata kami dan sesuai untuk penggunaan…itu lah yang jadi pilihan kami…
Harga juga amat penting..tapi demi anak, apa saje kami sanggup korbankan…
Bukan ape, nak tengok anakanda Harraz kami membesar dengan ceria dan gembira


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ CANTIK DI HATI ♥

Apabila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaan-Nya...

♥ TQ for Visit ♥